Friday, January 11, 2013

Perang antara aku dan PMS...wachaaa!!!

Assalamualaikum...


ok, why i called it a war????

kerrana aku cb mellawan semua unsur neggatif yg cuba merrasuk pemikkiran akkku...*ejaan lebih satu huruf tu sila tekankan lebih ckit sebutannye...
boringnyeeee bab2 nak mengawal emosi yg xbrp nak stabil ni...
tenaga dirasakan sgt negatif menghasilkan output yg sgt2 hancuss *bole jgk nak kata xder output pon sbnrnya...
biar daku bg cth yg lg teghang...real contoh...from realll me...

1___ aku mula rs bosan dgn keadaan dan suasana rumah yg xberubah2...rs sesak...rs nak berkurung dlm bilik...jgn sesape tegur...jgn sesape sentuh....TAPI

     aku lawan!!! hiyakk dush!!! ini rumah aku...aku yg btanggungjawab membentuk isi rumah..suasana rumah...bukankah bersyukur itu lebih baik..betapa masih ada org yg xberumah...sob sob  * emosi melebihi had kelajuan maksima..

2___ aku xsuka tgk muka sendiri kat cermin... xcantik...rambut kusut masai..muka mcm xder nur...

           Astaghfirullah...mcm xnak salahkan PMS je...ni keje setan ni...menghasut hati mengejek ciptahan Allah....ms ni muhasabah diri byk2...kalo muke xsantek tu salah kamu! rambut kusut masai tu xleh nak wat apa dah sbb wambut kamu tu mmg kinting ala spring rosak...guna jari pon xbole..guna sikat pon tsangkot2...muke mm xder nur tu sbb mood kamu yg asek negatif tu je...*hmm mgkin kamu jg perlu lebih dekat dgn Allah...

3___ bosan dgn keadaan diri yg xmaju2 *dlm idup

         aku lawan lagi!!!jgn salahkan keadaan...kamu tu yg ikot keadaan...kamu xcb mengubah keadaan...*sob sob.... adengan masa sesi mengadu domba pd somi::
aku kata " haih, bosannya dgn hidup ni?" * xbaik..sila jgn ikut!!!
Mr Kama kata, "sayang bosan jd isteri abg?? * dia saje main twist2..
mls nak melayan..makin di layan makin kronik loyar buruk beliau nnt 
aku kata "bukan..bosan dgn diri sendiri x maju2~~~"
Mr Kama jawab "bukan salah sayang...tunggu anak3 besar ckit lagi...semua akan jd lebih mudah...anak kite kecik2 lg..ada kembar pulak tu..." 

4___xbertenaga dan xbersemangat...antara sume perkara di atas yg ini aku plg xsuke!! tenaga dan semangat la yg menggerakkan aku...bila rs cenggini..apa pon xjadi..apa pon xbole...argggghhh xsuke!!! bila jd cenggini biasanya aku salahkan tahap kesihatan aku...sbb aku mmg seorang yg mempunyai kadar kesihatan yg agak sihat sbnrnya cuma dlm sesetengah keadaan level dia down ckit...saya bertekanan darah rendah *tetiba bg ayat penyata kan...sape xtau apa masalah org yg ada tekanan darah rendah ni klik sini..

5___ mengidam.....nak mkn rojak buah...nak mkn rojak buah....nak mkn rojak buah.....xdpt2 lg nih!!
    
        huh!! ku namakan ini..sindrom mengadangadataikkuda.. mcmana ku lawan?? ku diam2..ku xbgtau Mr Kama akan nafsu mengidam ni...kalau dia tau in sha Allah mmg sekejap je ku bole dpt...tp ku xnak mengaktifkan lg rangsangan sindrom mengadangadataikkuda ni....

6___sensitip....aduss...ku ni da mmg2 sensitip...bila hormon xstabil ni lagila sensitip sensitip sensitip...Mr Kama mrh anak, ku yg tacing2...*sorok2 lap air mata..Mr Kama blk lambat ckit mula la nk hangin satu bdn....TAPI..

        ku lawan..ku nangis pon sorok2 xnak Mr Kama tau..kalau tau msti beliau runsing nak pujuk...Mr Kama blk lambat..ku kawal rs marah...ku diam, ku xtanya kenapa...lama2 bole je ku senyum..*sila jgn amik kesempatan ye Mr Kama...:)


janganla dibuat main PMS ni...ianya mmg wujud...bg yg xtau akan kata 

"alah..mengada je lebih...jap lg elok ler tuuu"

kite slalu dgr org ckp "haaa nak period la tu!!" dan dorg ckp simply sbb org2 lain slalu ckp tanpa mengetahui sebab org ckp cenggitu...kan? kan? kan?

Haaa...kalo pompuan surely tau amende PMS kan? 
bg yg xtau tp xnak ngaku tu...Kotex Malaysia kata.....

Beberapa hari sebelum kamu didatangi period kamu mungkin sedikit pemarah. Kamu senang memarahi adik kamu hanya kerana dikejut sedikit awal daripada biasa. Kamu rasa diri kamu gemuk, kembung dan sentiasa lapar sepanjang hari. Teman lelaki kamu tidak memahami kamu dan kamu merasakan yang kamu memerlukan ruang untuk bersendirian kerana dia kerap menaikkan kemarahan kamu.

Kebanyakan gadis remaja atau wanita muda akan mengalami perubahan sikap dan tubuh badan beberapa hari sebelum didatangi haid. Ini bukan tipu-tipu kerana ada nama khas untuknya. Ia dipanggil PMS atau Sindrom Prahaid. Kamu pasti pernah dengar akan PMS daripada ibu atau kakak kamu. Mungkin ayah kamu juga pernah mendengarnya.

Apa itu PMS atau Sindrom Prahaid?
Keadaan ini terjadi kira-kira dua minggu sebelum bermulanya haid kamu berbeza dengan dismenorea yang terjadi ketika bermulanya haid kamu. PMS biasa terjadi pada wanita berumur wanita yang sihat juga turut mengalaminya. Wanita yang sedang PMS akan mengalami perkara-perkara di bawah beberapa hari sebelum didatangi haid:

  • Perubahan emosi. Kamu mungkin pemarah daripada biasa. Kesesakan lalu lintas dan cuaca yang panas boleh menaikkan kemarahan kamu. Perkara remeh juga boleh menyebabkan kamu menangis.
  • Kamu perlukan masa untuk bersendirian. Beberapa hari sebelum haid, kamu mungkin mahu ruang untuk kamu sendiri . Kamu lebih selesa duduk di dalam bilik beberapa jam dan tidak peduli menolak jemputan ke keraian.
  • Saya kembung. Kamu merasakan diri kamu gemuk, hodoh dan kembung beberapa hari sebelum haid. Kamu juga mungkin merasakan sedikit kesakitan otot dan payu dara kamu menjadi lebih sensitif terhadap sebarang sentuhan.
  • Mengidam! Kamu akan mengidam beberapa makanan dan tidak menghiraukan makanan lain. Kemungkinan juga kamu hanya mahu makan makanan yang manis dan masam.
  • Tahap konsentrasi yang lemah. Kamu menjadi cemerkap dan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk menyelesaikan tugas.
PMS dan Penyebabnya:
  • Ketidakseimbangan hormon. Peningkatan estrogen dan penurunan progestrone yang merupakan hormon utama perempuan boleh menyebabkan PMS. Estrogen membuatkan tubuh kamu menyimpan lebih banyak cecair dan ini menjelaskan kenapa kamu merasa kembung dan terasa berat beberapa hari sebelum haid kamu.
  • Ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Wanita yang mengalami PMS mempunyai tahap serotonin yang rendah dan ini menyebabkan perubahan emosi dan menjadi agak pemarah.
  • Kekurangan vitamin. Sekiranya kamu tidak mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin A dan B seperti sayuran hijau dan kuning, kamu boleh mengalami PMS. Vitamin ini menolong mengekalkan keseimbangan di dalam otak kamu.
  • Stres. Kurang tidur dan masalah emosi juga boleh menyebabkan PMS

paham da kot ye...hmm sebenarnya..br pulih dr keadaan di atas...dan berasa sgt2 selesa dgn sekeliling tmasuk ati dan perasaan yg mn hari2 seblm ni bkecamuk laksana air bikarbonat yg penutupnya belum dibuka dikocak2 sehingga apabila tiba saat penutupnya dibuka meletus seperti lava yg dimuntahi gunung berapi....*ok, mungkin ada saki baki ketidakstabilan hormon tp dlm kuantiti yg tidak membahayakan..

jam menunjukkan pukul 4.20 am dan masih blom tido...jumpa lg di entri br nnt *wah, bajet sgt org bace post i kan..

Assalamualaikum..




0 comments:

Post a Comment

 

(c)2009 IzaKama. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger