Saturday, July 25, 2015

hari ni..anniversary izakama yg ke 7 tahun
7 tahun dah ye...hmmm rase mcm smlm br kawen
7 tahun dan 4 org anak
Masyaallah...terima kasih Tuhan

tiada sambutan istimewa apa2
tiada hadiah atau kejutan
malah tiada ucapan istimewa pun dr kedua kami
adalah sekadar berkata..7tahun dah
kemudian senyum

saya tidak tahu apa dlm hati suami
sy tidak tau kalau ada dia fikirkan apa2 tentang hubungan kami
bg saya, saya amat bersyukur dgn hari ini
saya tidak pernah ckp pada suami tentang ini
wahai suami saya, kamu adalah hadiah dari Allah yg sgt bermakna pada saya
maaf, saya tidak dpt beri apa2
apalah yg saya ada..
makan pakai saya pun abg yg jaga
kerana sakit saya juga..terbatas segala apa yg saya ingin buat utk abg
abg buat semua untuk saya
terima kasih kerana masih bersama saya

abg mungkin tidak sempurna
tapi saya lebih byk kurangnya
terima kasih kerana menerima saya seadanya
terima kasih kerana menjaga saya

cantik saya sudah tiada
sihat saya juga belum sepenuhnya
saya berjanji akan setia dgn abg selagi abg mau bersama saya
namun, andai abg sudah merasa kurangnya bahagia
jgn risau..saya tidak apa2
carilah abg bahagia itu
yg tiada pada saya
yg xdapat saya beri
ya? :)

happy anniversary abg
saya pernah impikan abg menjadi suami saya
dan Allah kabulkan
saya pernah impikan abg menjadi abah kepada anak2 saya
dan Allah kabulkan
moga Allah kabulkan yg ini juga
di syurga nanti, saya impikan abg menjadi bidadari saya
Amin...

saya cinta kamu kerana Allah
wahai suami saya, Norkamarul Arifin..
semoga abg sentiasa di bawah lindungan Allah..



3 comments:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Anonymous said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)

Wooclip said...

so sweet banget

Post a Comment

 

(c)2009 IzaKama. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger